UniSZA LL.B Hons. - Programme Current Status

Thursday, January 30, 2014

POST 13 - Press Release: Exercise Caution When Selecting Law Programme to Pursue



19 July 2013

The Malaysian Bar reminds students who intend to pursue a law degree locally to conduct due diligence when selecting a law programme to undertake, as some educational institutions offer law programmes culminating in law degrees that are not recognised by the Legal Profession Qualifying Board (“LPQB”). 

LPQB is the body tasked to prescribe the qualifications that would entitle an individual to become a “qualified person” within the meaning of the Legal Profession Act 1976, for the purpose of admission as an advocate and solicitor in Malaysia.  As such, only graduates with law degrees that are recognised by LPQB will be able to enter the legal profession in Malaysia.  

Details regarding the qualifications recognised for entry into the legal profession are available on the LPQB website, at ​http://www.lpqb.org.my. 

There are a number of educational institutions in Malaysia offering law programmes culminating in law degrees that are not recognised by LPQB.  It is incumbent upon these institutions to disclose to their students, or to applicants, that upon graduation, they will not be permitted to practise law in the country. 

Such schools may be accredited with the Malaysian Qualifications Agency, but mere accreditation is not adequate to satisfy the applicable criteria, where entry into the legal profession is concerned.  These institutions must still seek the approval of LPQB for their law programmes and degrees.

LPQB has informed Bar Council that the following higher education providers offer law programmes culminating in the following law degrees that are not recognised by LPQB: 

(1) HELP University College: Bachelor of Laws (Hons);
(2) Management and Science University (“MSU”): Bachelor of Law and Commerce (Honours);
(3) Taylor’s University: Bachelor of Laws (Hons);
(4) Universiti Sains Islam Malaysian (“USIM”): Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Dengan Kepujian / Bachelor of Syariah and Law with Honours; and
(5) Universiti Sultan Zainal Abidin (“UniSZA”):  Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian / Bachelor of Laws (Hons).

It is the responsibility of the educational institutions to inform and expressly bring to the attention of their students that the institutions’ law degrees are not recognised by LPQB, and it is incumbent upon the institutions to do this in writing.

Kindly note that some of the educational institutions above, in addition to offering law programmes that culminate in their own law degrees, also offer law programmes that culminate in law degrees conferred by foreign universities, which may be recognised by LPQB; for example, by way of twinning programmes.   With respect to the latter, students are reminded to check with LPQB as to the status of recognition of such foreign law degrees.

The Malaysian Bar strongly urges all individuals who intend to pursue a law degree to verify with LPQB the status of the educational institution and law programme of their choice. 

Christopher Leong
President
Malaysian Bar



TERJEMAHAN BAHASA MALAYSIA 



Kenyataan Akhbar: Waspada Apabila Memilih Program Undang-Undang

Bar Malaysia mengingatkan para pelajar yang berniat untuk mendapatkan ijazah dalam bidang perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan supaya melaksanakan usaha wajar ketika memilih program undang-undang yang ditawarkan.  Ini kerana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang yang berkesudahan dengan ijazah undang-undang yang tidak diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (“LKPU”).

LKPU adalah badan yang ditugaskan untuk menetapkan syarat-syarat yang boleh melayakkan seseorang itu menjadi “orang berkelayakan” seperti yang termaktub di dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976, bagi tujuan penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Malaysia.  Oleh yang demikian, hanya siswazah-siswazah dengan ijazah yang diiktiraf oleh LKPU boleh menceburi profesion guaman di Malaysia.

Butiran mengenai kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk penerimaan masuk ke dalam profesion guaman boleh didapati di laman sesawang LKPU, http://www.lpqb.org.my.

Beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia menawarkan program undang-undang yang berkesudahan dengan ijazah undang-undang yang tidak diiktiraf oleh LKPU.Ia adalah penting supaya institusi-institusi ini memberitahu pelajar-pelajar mereka, atau pemohon-pemohon mereka, bahawa selepas memperolehi ijazah yang dikeluarkan oleh institusi tersebut mereka tidak akan dibenarkan mengamal undang-undang di negara ini.  

Institusi-institusi ini mungkin adalah institusi-institusi yang bertauliah dibawah Agensi Kelayakan Malaysia, tetapi sekadar pentauliahan sahaja tidak cukup untuk memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk memasuki profesion guaman.Institusi-institusi ini masih memerlukan pengiktirafan LKPU bagi program undang-undang dan ijazah mereka.

Majlis Peguam telah dimaklumkan oleh LKPU bahawa institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang yang berkesudahan dengan ijazah undang-undang yang berikut tidak diiktiraf oleh LKPU: 

(1) HELP University College: Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (Bachelor of Laws (Hons)); 
(2) Management and Science University (“MSU”): Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan Dengan Kepujian (Bachelor of Law and Commerce (Honours));
(3) Taylor’s University: Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (Bachelor of Laws (Hons)); 
(4) Universiti Sains Islam Malaysian (“USIM”): Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Dengan Kepujian (Bachelor of Syariah and Law with Honours); dan   
(5) Universiti Sultan Zainal Abidin (“UniSZA”):  Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (Bachelor of Laws (Hons)).

Institusi-institusi pengajian tinggi adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan dan secara langsung membawa kepada perhatian pelajar-pelajar bahawa ijazah undang-undang institusi-institusi tersebut tidak diiktiraf oleh LKPU.Adalah menjadi kewajipan institusi-institusi pengajian tinggi untuk memaklumkan perkara ini secara bertulis.

Sila dimaklumkan bahawa sesetengah daripada institusi-institusi pengajian tinggi di atas, selain daripada penawaran program undang-undang yang berkesudahan dengan ijazah undang-undang mereka sendiri, juga menawarkan program undang-undang yang berkesudahan dengan ijazah undang-undang yang dikeluarkan oleh universiti-universiti dari luar negara yang mungkin diiktiraf oleh LKPU; misalnya, dengan program “twinning”.  Pelajar-pelajar diingatkan supaya memeriksa dengan pihak LKPU mengenai status pengiktirafan ijazah-ijazah yang dikeluarkan oleh universiti-universiti dari luar negara tersebut.

Bar Malaysia menggesa semua individu yang ingin mendapatkan ijazah undang-undang membuat pengesahan dengan LKPU berkenaan dengan status institusi pengajian dan program undang-undang yang menjadi pilihan mereka. 

Christopher Leong
Yang Dipertua
Bar Malaysia

No comments:

Post a Comment