Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) maklum bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memahami perkara ini, telah dan sedang berusaha mendapatkan pengiktirafannya.
Tugas rasmi MQA ialah untuk membuat penilaian dan memberikan kelulusan akreditasi sebagaimana yang di peruntukan di dalam akta MQA 2007. Walau bagaimanapun, MQA mesti menerima perakuan terlebih dahulu daripada Lembaga Kelayakan Profesion Perundangan Malaysia atau Legal Profession Qualifying Board (LPQB) sebagai badan profesional bidang perundangan di Malaysia.
Pengiktirafan untuk mengamal ini adalah di bawah bidang kuasa LPQB. Di dalam mesyuarat Jawatankuasa (JK) Pengiktirafan LPQB, MQA akan dijemput untuk memberi pandangan dari aspek jaminan kualiti akademik. Keputusan akhir dibuat oleh LPQB dan MQA akan menerima pakai keputusan badan profesional ini.
Dengan kata lain, MQA hanya membuat penilaian dan memberi kelulusan akreditasi. LPQB boleh menjadikan akreditasi MQA sebagai rujukan dan tidak semestinya akreditasi MQA ini membawa kepada pengiktirafan oleh LPQB. Universiti awam tidak terkecuali daripada peraturan ini. Ianya terpakai untuk semua pemberi pendidikan tinggi seperti insitusi pendidikan tinggi samada awam ataupun swasta.
Untuk makluman, secara kronologinya, LPQB telah membuat penilaian pengiktirafan ke atas program Undang-undang UniSZA pertama kali pada 2013, namun Certificate Legal Practice (CLP) Exam Paper yang disediakan oleh UniSZA didapati tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh LPQB. Susulan itu, beberapa tindakan penambahbaikan telah dibuat oleh pihak UniSZA.
Lawatan penilaian susulan LPQB telah diadakan pada 6-8 April 2015 lalu untuk tujuan pengiktirafan ini. Pihak LPQB berhasrat utk membuat pengiktirafan kepada program Undang-undang ini berdasarkan CLP Exam Papers yang dilaksanakan oleh UniSZA.
Seterusnya, JK Pengiktirafan LPQB telah mengadakan perbincangan awal tentang laporan penilaian tersebut pada 12 Jun 2015 lalu dan menyediakan syor untuk dibawa dan diputuskan oleh Legal Profession Qualifying Board, Malaysia.
MQA akan terus membantu agar program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UniSZA ini mendapat pengiktirafan dari LPQB. Dalam masa yg sama UniSZA mesti saling bekerjasama dgn LPQB supaya isu ini dapat diselesaikan seberapa cepat yang mungkin.
Dato' Prof Dr Rujhan Mustafa
Ketua Pegawai Eksekutif MQA
12 Julai 2015.
SOURCE: Here
No comments:
Post a Comment