UniSZA LL.B Hons. - Programme Current Status

FACULTY




FAKULTI UNDANG-UNDANG DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA (FUHA), UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Institusi Tunggal Menawarkan Program Undang-Undang Di Pantai Timur



Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) UniSZA secara rasminya bermula pada awal tahun 2007. Walau bagaimanapun, program-program pengajian di FUHA sebenarnya telah bermula sejak zaman Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Program Diploma Undang- Undang mula ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Umum KUSZA pada sesi Julai 1991. Program ini kemudiannya diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1996. Sehingga kini program ini telah Berjaya melahirkan 13 generasi graduan.

Pada tahun 2006 satu lagi sejarah tercipta apabila Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah member kelulusan kepada Sekolah Pengajian Umum KUSZA bagi menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Undangundang dengan Kepujian pada sesi Julai tahun yang sama. Pada Semester I Sesi 2012 / 2013 FUHA akan menerima kemasukan pelajar generasi ke-7 bagi program ini. Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada 10 Mac 2006. Program ini kemudiannya telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 21 Julai 2009.

Program ini juga telah mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 26 Julai 2010. Pada 1 Januari 2007, KUSZA telah dijadikan salah satu kampus UniSZA di mana semua program pengajian sedia ada KUSZA, termasuk program Diploma Undang-undang dan program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian, diteruskan oleh UniSZA. Pada bulan Mac 2007, FUHA telah ditubuhkan dan diberi tanggungjawab untuk terus menawarkan kedua-dua program tersebut. Bermula Semester I Sesi 2010 / 2011, FUHA menawarkan program Sarjana Undang-Undang (LLM). Selanjutnya bermula Semester I Sesi 2011 / 2012, FUHA turut menawarkan program Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Undang-Undang Antarabangsa.

Selain daripada program-program tersebut, FUHA juga sedang merancang untuk menawarkan program-program pengajian baru di peringkat prasiswazah dalam bidang undang-undang dan hubungan antarabangsa pada masa akan datang.


Visi

Menjadi sebuah fakulti yang terbilang di persada negara dan antarabangsa dalam bidang undang-undang dan hubungan antarabangsa berteraskan pengajaran, penyelidikan dan penyelesaian isu-isu perundangan secara efektif.

Misi

1. Untuk memantapkan program undang-undang dan hubungan antarabangsa UniSZA sehingga ke peringkat antarabangsa;
2. Untuk memenuhi hasrat UniSZA bagi membentuk dan melahirkan mahasiswa dan pemimpin yang berbakat, berilmu, berbudaya tinggi dan berakhlak luhur; dan
3. Untuk menjadi pemangkin ke arah perkembangan dan pembaharuan undang-undang dan hubungan antarabangsa di Malaysia.

Objektif

1. Memperkenalkan dan memperkasakan fakulti sehingga ke peringkat antarabangsa.
2. Memastikan staf akademik berwibawa dan berkelayakan dalam pengajaran, penyelidikan, penulisan, penerbitan dan perundingan.
3. Menghasilkan graduan separa profesional dan profesional dalam bidang masing-masing yang dapat memenuhi keperluan industri sama ada di sector awam atau swasta.
4. Melahirkan graduan yang berketrampilan, beretika, berpengetahuan dan mahir dalam bidang undangundang dan hubungan antarabangsa dari segi asas, teori, amalan dan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Piagam Pelanggan

Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa akan memberi perkhidmatan yang berkualiti, berkesan, mesra dan profesional bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam urusan:

Pengajaran dan Pembelajaran

1. Memastikan tenaga pengajar mempunyai kelayakan dalam bidang yang ditawarkan.
2. Memastikan pelajar dimaklumkan tentang proforma kursus dan maklumat semasa kursus dalam kuliah pertama dan minggu pertama pengajaran.
3. Memastikan keputusan ujian dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar selewat-lewatnya tiga minggu selepas ujian diadakan.
4. Memastikan keputusan penilaian berterusan (pre-final) dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar selewatlewatnya seminggu sebelum tarikh Peperiksaan Akhir.
5. Memastikan penasihat akademik bersedia member bimbingan dan nasihat kepada pelajar apabila diperlukan.

Perkhidmatan Sokongan

1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik berdasarkan sumber yang ada.
2. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan.
4. Memastikan aduan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima.

Program yang Ditawarkan

Ketika ini, FUHA sedang menawarkan dua program pengajian untuk Prasiswazah iaitu Diploma Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian. Jumlah pelajar FUHA untuk tahun 2012 bagi program Diploma Undang-Undang ialah 184 orang manakala bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian ialah seramai 147 orang.

Warga Akademik FUHA


Dari aspek pengurusan sumber manusia, FUHA kini mempunyai seramai 24 orang staf akademik termasuk tujuh orang yang sedang cuti belajar di dalam dan luar negara. FUHA turut disokong oleh dua orang Profesor Adjung iaitu Dato’ Bentara Istana Tan Sri Nik Hashim Nik Ab. Rahman yang merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Manakala Profesor Pelawat FUHA pula ialah

Profesor Dr. Rahmat Mohamad yang merupakan Setiausaha Agung Asian-Africa Legal Consultative Organisation (AALCO). Selain daripada itu, bagi memperkasa program-program yang ditawarkan oleh FUHA, satu Jawatankuasa Penasihat Fakulti juga telah ditubuhkan. Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Fakulti terdiri daripada kedua-dua Profesor Adjung fakulti dan juga Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu iaitu Dato‘ Mohd Yazid Mustafa.

Di samping itu, FUHA juga turut disokong dengan pelantikan dua profesor undang-undang yang berperanan sebagai Pemeriksa Luar bagi kedua-dua program diploma dan ijazah. Mereka terdiri daripada Profesor Dr. Rohimi Shapiee daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) iaitu Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).