UniSZA LL.B Hons. - Programme Current Status

Friday, March 6, 2015

POST 17 - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UniSZA diiktiraf

Diterbitkan oleh Suratkhabar UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd


UniSZA ingin menegaskan di sini bahawa isu pengiktirafan tidak timbul kerana program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian UniSZA telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi pada 10 Mac 2006.

Program ini telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 21 Julai 2009 dan mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 26 Julai 2010.

Berdasarkan pengiktirafan tersebut, graduan program ini adalah setaraf dengan ijazah lain dan boleh menjawat jawatan di sektor awam dan swasta, kecuali kerjaya sebagai peguambela dan peguamcara.

Bagi maksud menjadi peguam­bela dan peguamcara, program LLB UniSZA telah mendapat pengiktirafan sementara daripada LKPU pada 7 November 2013 dan UniSZA sedang mengambil tindakan proaktif untuk mendapat pengiktirafan penuh bagi membolehkan graduannya menjadi ‘orang berkelayakan’ secepat mungkin.

Dihantar oleh: Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa UniSZA




ENGLISH TRANSLATION via Google Translate


UniSZA wants to emphasize that the issue of recognition does not arise because the program Bachelor of Laws with Honours UniSZA been approved by the Department of Higher Education on March 10, 2006.

This program has been recognized by the Public Services Department on July 21, 2009 and accredited by the Malaysian Qualifications Agency (MQA) on July 26, 2010.

Based on this recognition, graduates of this program is on par with other degrees and can hold positions in the public and private sectors, except for a career as an advocate and solicitor.

For the purpose of becoming an advocate and solicitor, UniSZA LLB program has received temporary recognition from LPQB while on 7 November 2013 and UniSZA is taking proactive measures to get full recognition to enable graduates to become qualified person as soon as possible.

Submitted by: Faculty of Law and International Relations UniSZA